Semakan keputusan MUET sesi Julai 2013

Assalamualaikum 

Semakan keputusan MUET sesi Julai 2013

Semakan keputusan MUET sesi Julai 2013

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan Khamis ini, 19 September 2013

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.  Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui 

khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013.

Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada tarikh tersebut.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 September dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. - BERNAMA

Pastikan anda menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 6.0. dengan resolusi minimum 1024 x 76.
0 Komentar untuk "Semakan keputusan MUET sesi Julai 2013"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info