Alasan mengapa blog kurang tarikan ?

Assalamualaikum

Setiap entri yang kita terbitkan pasti menginginkan mereka yang membaca. Tidaklah kita merasakan sekadar entri syok sendiri bukan. Sebenarnya aku bukanlah orang yang layak untuk berkongsi tip-tip menarik bilangan pembaca, tapi ini berdasarkan pengalaman diri aku sendiri.

Pengalaman yang dikutip selama 3 tahun secara On and Off sebagai blogger amat berharga sekali. Pada awal aku memperkenal blog kepada umum, pageview harian di bawah 300UV dan tiada pendapatan yang aku terima dari Nuffnang sepanjang tempoh tersebut.

Gua kelam perlis.


Alasan kenapa blog aku kurang tarikan ?
  • Kandungan entri tidak berkualiti 
En. Google selalu mengingatkan kita bahawa kandungan entri adalah raja. Jika entrinya hanya berkisah peribadi hidup, "putus cinta, maki hamun, dan sbgnya", bagaimana blog menarik pelawat untuk membaca blog kita.kerana mereka tak nak buang masa untuk entri yang tiada manfaatnya. Jika blog anda berunsur peribadi, ceritalah mengenai aktiviti harian anda, keluarga ataupun anak anda seperti blogger Ben Ashaari.
  • Tiada sebarang promosi
Seorang blogger sama seperti seorang pemasaran. Jika anda tidak promosi blog kepada umum, bagaimana mereka mengetahui kewujudan blog anda? sama seperti barangan tanpa promosi, promosi dan promosi tiadalah yang membelinya.
  • Kelemahan dalam kemahiran SEO
Setiap blogger perlu mempunyai kemahiran asas dalam seo. Caranya hantar link blog ke enjin carian, pilih templetes mesra seo, backlink dan pemilihan kata kunci(keyword) wajid diketahui. Tidak semestinya semua entri anda wajib di kedudukan pertama google, sekurangnya ada entri yang menjadi keyword sepanjang zaman pelawat.
  • Teknik penulisan entri blog
Ingat kita menulis blog bukan menulis msg. Pastikan penulisan kita mudah sampai kepada pembaca supaya pembaca tidak datang dan pergi. Pembaca mahukan perkara yang baik dan bermanfaat kepadanya. Ketahuilah teknik menulis blog bukan boleh dipelajari sehari dua tapi bertahun-tahun jika anda tidak berputus asa.
  • Susunan blog yang serabut
Blog aku maka suka hati aku nak susun macam mana? Suara hati begini yang harus dihindarkan. Ingat kekuatan blog adalah dengan adanya pembaca. Jika susun atur serabut, pembaca terpaksa klik sana sini maka pembaca pun akan datang dan pergi. So minta rakan-rakan kritik blog anda sama kemas, berat atau tidak.

Harap entri aku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang membaca. Atau mungkin anda mempunyai tip yang lebih boleh dikongsikan bersama.

2 Komentar untuk "Alasan mengapa blog kurang tarikan ?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info