Guru bersihkan Kutu-kutu di kepala murid

Assalamualaikum

Jika sebelum, para ibu bapa digemparkan dengan sikap seorang guru sekolah yang menghukum murid-nya menjadi seekor lembu yang meragut rumput dan memakai loceng di leher.

Oleh kenyataan tersebut, imej guru-guru sedikit tercalar, masyarakat diluar sana mula memandang sinis terhadap guru-guru di Malaysia sedangkan hanya guru tersebut melakukan kesalahan, malah kenyataan masih belum pasti.

Ramai guru yang masih perihatin terhadap pelajarnya

Sebenarnya tidak semua guru-guru di Malaysia sekejam yang digambarkan. sedangkan masih ada lagi guru yang perahatin terhadap pelajarnya. Jika kita ikuti berita sebelum ini, ada juga pelajar yang sanggup melukakan gurunya kerana teguran mendidik yang tidak dapat diterimanya.

Terkini, gambar di bawah ini diambil daripada TVonline yang menunjukkan pengorbanan segelintir guru di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama yang bergotong-royong membersihkan kutu di kepada muridnya.


Guru juga manusia biasa yang kadang kala melakukan kesalahan, namun jangan jadikan kesalahan seorang guru, guru-guru lain juga menerima tempiasnya.


0 Komentar untuk "Guru bersihkan Kutu-kutu di kepala murid"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info