Assalamualaikum
KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula
diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan
Februari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian
BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi
kenaikan harga barangan pada masa ini.
“Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan
dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan
Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan
harga barang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini
hari ini.
Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang
juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion
bagi melaksanakan BR1M 3.0.
Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500
kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke
bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang
berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan
daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. Malah pembahagiannya pula akan diberikan mengikut fasa seperti tahun-tahun yang lepas.
Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah
berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani
perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan
diambil.
Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup
Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang
ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.
“Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang
wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan
pada dasar (harga) yang berpatutan.
“Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda
menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil
kerajaan kita akan bendung perkara ini,” katanya.
Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya
kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi
meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh.
“Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia
berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat
pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara,” katanya
1 Komentar untuk "BR1M 3.0 akan mula diagihkan mengikut fasa"
Hrp2 dpt Br1m 3.0 ne...
B'mnt jd bloglist dlm bloglist 2014 sy x??? (^__^)
http://izzah-norlizah.blogspot.com/2014/01/pencarian-bloglist-2014.html
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.