Assalamualaikum
Dinosour dikatakan pernah hidup di Jertih, Terengganu suatu ketika dahulu. Mungkin zaman orang batu agaknya.
Fosil Dinosaur dijumpai di Jertih Terengganu
Jertih: Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat
sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil
dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar
biasa.
Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd
Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit
pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit. Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan
Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji
untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.
Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan
lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak
urat dan corak batang pokok. Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda
boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit
Keluang dan Bukit Bewah.
Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti. Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.

2 Komentar untuk "Dinosaur Hidup di Jertih Terengganu"
Wahh.. menarik ni.
whoaa..ada fosil lagi..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.