Indonesia dituruni salji adalah palsu

Assalamualaikum

Dalam minggu ini, penduduk Malaysia digemparkan dengan berita Salji turun di Indonesia dengan adanya muat naik video yang menunjukkan salji putih membasahi daun-daun pokok. Jika dilihat dengan teliti tarikh video itu dimuat naik adalah pada Ogos 2013, tapi kenapa baru sekarang video itu mula disebarkan, tidak sebelum ini.

Dan sebenarnya, video tersebut adalah berlaku di Shopping Mall, Surabaya. Tetapi Indonesia juga mempunyai salju iaitu tempatnya di puncak Pergunungan Jayawijaya, Provinsi Papua hanya sedikit saja.

Terbaru Malaysia-Terengganu dijangka turun salji melalui satu keratan yang aku peroleh dari facebook, yang langsung tidak tahu dari akhbar yang mana satu. Namun, jika kita amati, bulan Januari dan februari merupakan tempoh suhu minimun yang akan rendah berbanding bulan-bulan lain. Ikuti kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia ini


Masih ingat lagi subjek Kajian Tempatan dan  Geografi, Malaysia terletak diluar lingkaran api pasifik dan selamat dari gempa bumi, sedangkan indonesia mempunyai gempa bumi yang banyak mengorbankan penduduk sekitarnya. Namun, kekuatan gempa yang berlaku di Indon mampu dirasai penduduk Malaysia, bukankah ada firman Allah dan kitab suci, "jika Dia berkehendakan sesuatu, Maka jadilah ia". 

Kiamat berlaku tidak lama lagi
Diingatkan juga, jangan jadikan kejadian yang berlaku ini sebagai ramalan kiamat kerna ia akan merosakkan akidah anda. Sebaikkan jika ini adalah pertanda kiamat maka, persiapkan diri anda dengan imam, tambahkan mana yang kurang. Hari kiamat itu pasti berlaku
Bila masanya, hanya  Allah yang mengetahuinya.

3 Komentar untuk "Indonesia dituruni salji adalah palsu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info