Rumah Sewa RM50 Full Movie 2014

Assalamualaikum

Sinopsis Rumah Sewa RM50
Mengisahkan tentang sekumpulan 5 sahabat sekerja Wan, MJ, Cassandra, Raji dan Hazel yang mencari rumah sewa. Mereka gembira kerana berjaya mendapatkan rumah sewa dalam waktu singkat walaupun rumah tersebut terletak jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Tapi yang paling penting, rumah sewa tersebut amatlah murah. Tanpa berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menyewa rumah tersebut walaupun Tuan Rumah telah menceritakan perihal rumah tersebut kepada mereka.


Semasa mengemas rumah sewa baru mereka, ada di antara 5 sahabat dengan tidak sengaja telah membangkitkan ‘mereka’ yang telah lama menghuni rumah tersebut. Hari pertama mereka mendiami rumah tersebut, Cassandra telah dirasuk. Semasa mereka mencari punca perkara itu berlaku, Hazel dan Raji pula menghilang secara tiba-tiba. Wan dan MJ buntu mencari punca semua peristiwa itu terjadi sehingga menyebabkan Wan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. 

Walau bagaimanapun, Wan kembali untuk menolong MJ atas dasar persahabatan. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku malam itu. Mampukah MJ dan Wan bertahan sepanjang malam itu sementara menunggu pagi untuk mendapatkan bantuan? Ke mana Hazel dan Raji menghilang? Bagaimana pula dengan Cassandra? Dapatkah MJ dan Wan menyelamatkan rakan-rakan perempuan mereka? Semua jawapannya ada dalam “  

RUMAH SEWA RM50
Barisan Pelakon Rumah Sewa RM50
Klasifikasi: P13
Genre: Ngeri / Misteri
Tarikh Tayangan: 2 Januari 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: GALAKSI SENI SDN BHD
Pengarah: M.Jamil
Pelakon: M.Jamil, Amirulshah Rozali, Raji Simran, Mayumi Kasuga, Yulina

Rumah Sewa RM50 Full Movie


1 Komentar untuk "Rumah Sewa RM50 Full Movie 2014"

Pelakon kaku btol....langsung xmenjadi seramnya...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info