Terengganu - Kedai makan termurah

Assalamualaikum

Dalam kesibukan peniaga mengeluh dan menaikkan harga makanan dan minuman disebabkan kenaikan harga barang mentah, masih ada lagi perniaga yang menjual kuih muih dan minuman dengan harga RM1. 

Kuala Terengganu : Sinah Sualaiman seorang perniaga kecil yang membuka kedai makan di Kampung Losong Atap Zin masih menjual secawan air minuman dengan harga serendah 30sen. Sukar untuk kita jumpai kedai makanan yang masih menjual dengan harga tahun 2010, sedangkan kini segelas air milo ais pun sudah berharga RM2 tapi dia kedai ini hanya RM1.

Malah, lebih 50 jenis makanan dan kuih muih dijual sini, termasuklah nasi lemak, nasi minyak, nasi campur dijual dengan harga serendah RM2, manakana kuih muih pula dengan harga serendah RM1 untuk 5 biji.

Terengganu - Warung kuih muih termurah

Kedai jadi tumpuan pengunjung

Sinah berkata :" walaupun kedainya dari bandar, namun ramai kakitangan awan dan swasta yang bekerja di bandar datang berkunjung ke kedainya terutama di waktu pagi, "

"sejak kedainya dibuka bersama arwah suaminya Yusof, 20 tahun lalu, dia tidak pernah menaikkan harga makanan, bagi saya biarlah untung sedikit, asalkan rezeki yang diterima berkat," kata ibu tunggal itu.

Selain itu, kuih pula dijual dengan harga rendah iaitu karipap empat biji (RM1), apam lima biji (RM1), nasi lemak RM1, nasi berlauk RM2 dan bihun goreng (70 sen).

Pelanggan, Affendy Aziz, 40, berkata kedai makan Sinah memang menjadi tumpuannya sekeluarga untuk bersarapan kerana harga makanan dan minuman yang rendah, sekali gus menjimatkan perbelanjaan.

Sekarang harga barang semakin naik, kalau hendak makan murah macam di kedai ini memang susah hendak cari. Tetapi di kedai Mak Cik Sinah, makan macam-macam pun tak sampai RM5 seorang,” katanya.

4 Komentar untuk "Terengganu - Kedai makan termurah"

salam. jarang da jumpa makanan bernilai RM1..semua da naik harga sekarang huhu even tambang bas pun da RM2..

itulah..suruh makcik ni bukak kedai dkt rumah kita laaa....huhu

boleh enjoy makan kaw kaw ni kalau gi Terengganu...

Untung laa kalau memang stay sana....kt sini, kuih muih dah 3 seringgit...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info