Berwaspada Dengan Jenayah Phishing Blog

Assalamualaikum

Pada hari ini, ramai benar sipolan-sipolan yang sedang cuba mengatur strategi untuk merampas hak milik individu yang sedang dia amati. Tapi aku sendiri tidak tahu apa tujuan sebenar perbuatan dia itu. Dalam masa satu hari, hampir lima kes sama aku baca - "blog aku kena phishing".

Apa itu "phishing" blog
Phishing adalah suatu taktik yang digunakan untuk merampas blog atau facebook dengan pemberian password dan email oleh pemilik laman sosial itu sendiri, iaitu anda sendiri yang beri kepada penjenayah tersebut. Bagaimana?

Berwaspada Dengan Jenayah Phishing Blog

Cuba perhatikan gambar di atas, sekali pandang ianya tak ubah seperti akaun blog, terus kita masukkan email dan pasword tanpa berfikir panjang. Tapi sebenarnya itulah taktik jenayah siber Phishing yang perlu berwaspada. Sekali log masuk, menangis berdarah pun tak berguna.

Tapi penjenayah siber yang cuba phishing aku ni, rasanya kurang kemahiran sebab alamat yang digunapakai olehnya bukannya alamat akaun google sebenar 

"http://seountukblogspot89.blogspot.com/"

Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik.

Berwaspada dengan jenayah phishing 
Perkara yang boleh membawa kita kepada jenayah phishing ini adalah terlalu mempercayai "peninggal jejak". Cuba lihat gambar yang dikotak merahkan.

Berwaspada Dengan Jenayah Phishing Blog

"Nor Yati - Jom belajar seo dengan mudah".

Inilah salah satu taktik jenayah phishing yang perlu anda berhati-hati. Kononnya nak bagi tips seo, tapi bila klik username terus bawah kepada web di atas yang meminta anda memasukkan password dan email.

Tapi ingat phishing bukan hanya dihantar dalam shout, tapi kadang-kadang mereka akan meminta anda memberi password anda dalam email kononnya blog atau facebook anda memenangi pertandingan atau sebaliknya.

Sekadar perkongsian bersama.
3 Komentar untuk "Berwaspada Dengan Jenayah Phishing Blog"

macma ni ker diorang bergerak.. lepas ni kena berhati-hati, jarang amik tau ni

dah ramai yang pandai pancing sekarang ni . tapi kebanyakkan orang phishing ni, ade dekat facebook. semoga berhati2

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info