Slot Akasia Jika Itu Takdirku bakal mengantikan Ariana Rose

Assalamualaikum

Lagi seminggu saja lagi, slot Akasia Drama Ariana Rose bakal melabuh tirainya. Pasti semua penonton tertanya adakah Ariana Rose mahu menerima Tengku Adam sebagai suaminya, atau pun Ariana akan memilih Harith yang sentiasa mencintainya? Nantikan episode akhir Ariana Rose pada 13 Februari minggu hadapan.

Slot Akasia - Jika Itu Takdirku mengantikan Ariana Rose
Drama Akasia Jika Itu Takdirku bakal menyusul selepas tamatnya drama Ariana Rose iaitu bermula pada 17 Februari 2014 dan bukan lagi drama adaptasi dari mana-mana novel.

Drama terbitan Metrowealth Pictures ini dibintangi oleh Shah Iskandar, Intan Ladyana, Shukri Yahya, Azwan Kombos, Adiba Yunus, dan ramai lagi. 


Sinopsis Jika Itu Takdirku
Aleya, gadis cantik datang dari keluarga sederhana.Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom,Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril-jejaka tampan,digilai wanita. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada di tahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya.

 "Salahkah Leya mencari bahagia?" Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin.

Walaupun miskin,tapi Leya masih ada maruah diri. Satu peristiwa menyatukan mereka.Tapi dek ego,sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali. "Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang.Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia,muncul Sharifah Emilin,sepupu kepada Syed Aizril membuat onar,Dendam Emilin pada Aleya harus ditunaikan -dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya,Namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha di hati. 

 "You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. "Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

 "Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. "Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

 "Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah. Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aiziril mula cemburu buta pada isterinya.Walaupun cintanya hanya untuk Aleya,ego mengatasi segalanya.Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.

Di kala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba... Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril? 


Saksikan episode Akhir Ariana Rose
13 Februari 2014
6 Komentar untuk "Slot Akasia Jika Itu Takdirku bakal mengantikan Ariana Rose"

salam. wahh..macam best ja ganti ariana ni..

Ehh ? Sinopsis macam novel andai itu takdirnya je ??

Ehh ? Sinopsis macam novel andai itu takdirnya je ??

Sinopsis ni mcm slh jer? Dlm ni de nm leya n adam aizril tpi kt dlm citer umairah n hakimi?

best seperti Ariana Rose atau Love You Mr. Arrogant???

adakah ini adaptasi dari Novel "Andai itu takdirnya'??

Sinopsis ni tok novel andai itu takdirnye...
Sinopsis yg betul kt link ni:http://www.pingje.org/toolbar/62971/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info