10 Tips Penjagaan untuk kulit wajah yang kusam dan berjerawat

Assalamualaikum

Setelah sekian lama menghilang, akhirnya aku timbul kembali dengan tips yang ingin dikongsikan bersama. 

Bercakap pasal kulit wajah. Bagi wanita, kulit wajah yang sihat dan bersih tanpa cela adalah idaman bagi kami. Namun, tak semua wanita mampu memiliki wajah yang bersih tanpa jerawat. Kalau ada pun, hanya segelintir sahaja.

Memiliki kulit wajah yang kusam dan berjerawat membuatkan diri kita rasa terpinggir di kalangan kawan-kawan, sehinggakan kita merasa malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai. Ada juga yang ingin miliki kulit wajah seperti wanita korea, tapi mengikut dari sumber-sumber yang aku baca, wanita korea yang berlakon tu kebanyakkannya melakukan pembedahan plastik dari wajah asal mereka.



So apakah tips penjagaan kulit wajah yang kusam dan berjerawat ?
  • Pilihan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit
Pilihan produk yang sesuai dengan kulit wajah adalah penting. Salah pilih, rosak kulit wajah kita yang sensitif. Untuk aku, aku lebih memilih produk yang mempunyai label halal, yakni yang tiada campuran bahan kimia dan alcohol tetapi kaya dengan bahan semula jadi. 
  • Mencuci muka 2 kali sehari
Penting sangat bagi siapa yang mengalami kulit berminyak dan berjerawat. Kalau boleh cucilah muka 2 kali sehari yakni sebelum dan selepas bangun tidur dengan pencuci. Tapi untuk waktu-waktu biasa, boleh juga cuci wajah dengan air paip. Kerna kekerapan memcuci boleh mengakibatkan wajah kering dan mengelupas.
  • Amalkan bacaan Al-fatihah dan selawat ketika mencuci wajah
Ustaz aku pesan, kalau nak wajah bersih, amalkan semasa mencuci wajah baca al-fatihah dan selepas mahu bersihkan wajah dengan air, selawat 3 kali sambil menyapu wajah. InsyaAllah, wajah yang cantik pemberian Allah. 
  • Elakkan pemakian krim malam yang tidak sesuai
Sekarang banyak krim yang kononnya boleh putihkan kulit. Namun diingatkan, kalau nak pakai krim pastikan krim tu sesuai dengan wajah anda. Kalau pakai, esok naik jerawat, better buang jangan teruskan. Itu bermakna krim tersebut tidak sesuai dengan anda. Untuk aku, aku lebih memilih produk SAFI, yang lembut pada wajah dan tidak berminyak.
  •  Cuci mekap selepas selesai aktiviti
Bagi mereka yang gemar bermekap, pastikan selepas korang balik rumah, bersihkan mekap tersebut sehingga bersih diwajah baru tidur. Jangan biarkan esok bangun baru cuci. Aku tak minat mekap, tapi kawan aku cakap, kalau boleh pakai mekap yang mahal tapi berkualiti dari yang murah dan merosakkan kulit wajah. Itu katanya lah.
  • Minum air putih yang banyak dalam sehari
Pengambilan air putih dalam 8 gelas sehari adalah digalakkan, paling kurang 5 gelas. sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagus juga untuk kesihatan dalaman kita. Amalkan juga minum air sebelum tidur.
  • Pemilihan makanan
Bagi mereka yang alergik dengan makanan, better elakkan dari makan makanan tersebut seperti seafood. Kerna ia boleh merosakkan lagi kulit wajah kita. Kadang-kadang bukan alergik makanan jer, tetapi resdung, so better pergi ubati resdung anda.
 
 
2 Komentar untuk "10 Tips Penjagaan untuk kulit wajah yang kusam dan berjerawat"

Salam , saya nk share pengalaman saya sewaktu kulit kusam dulu..dulu x rajin sangat nak sental kulit muka apatah lagi ke spa..atas nasihat kawan saya dia syorkan set vitamin untuk kulit..bukan kulit muka je tapi seluruh badan..dalam bbrapa minggu kulit mmg ada perubahan yg sangat baik..dan penyakit kulit psoriasis saya turut berkurang..saya syorka pergi melawat dan baca kat blog ni --> http://leowills.blogspot.com/2014/12/rahsia-cantik-dan-awet-muda-di-usia-tua.html

Mudahan - mudahan dapat membantu anda yang ada masalah kulit..

Pemilihan produk yg berasaskan bahan semulajadi adalah pilihan saya. Selamat tanpa bahan kimia. Nak kulit cantik bukan hanya perlu penjagaan dari luar.Yang paling penting penjagaan dari dalam. Makanan yg kita ambil setiap hari memberi kesan kepada kulit. Utk memastikan kulit saya sentiasa cantik dan sihat saya ambil suplemen shaklee.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info