Guru Kejam - Racun 20 Ekor Kucing hingga mati

Assalamualaikum

Guru Kejam racun 20 ekor kucing sehingga mati - Seorang guru, di kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor dikatakan bertindak kejam dengan meracun 20 ekor kucing jiran tertangganya yang dipercayai telah mengotori inap desa miliknya.

Tindakan guru tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitarnya dan tuan punya kucing terbabit. Tidak dinafikan memelihara kucing di kawasan rumah yang berjiran juga dianggap salah, namun ini bukan caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Guru tersebut dikatakan telah meracun kucing-kucing jirannya dengannya dengan memberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudian diletakkan berhampiran inap desa miliknya. 

Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaanya dan penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang mana kesemua ditemui dalam keadaan mulut berdarah.


Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.

Banyak langkah boleh diambil untuk mengelakkan inap desanya dikotori kucing, namum ia memilih untuk bertindak kejam ke atas haiwan peliharaan Nabi ini. Tidak pada itu saja, pendidik itu juga dikatakan tidak takut sekiranya beliau di sama dan yakin bahawa tindakannya adalah benar dan pasti menang.


1 Komentar untuk "Guru Kejam - Racun 20 Ekor Kucing hingga mati"

astaghfirullaallazim.. tgamak nya dia buat mcm tu....

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info