Assalamualaikum
Keputusan STPM sudah pun diketahui, maka sekarang adalah masanya calon lepasan STPM/STAM/Matrik dan seangkatan dengannya mula memilih bidang di universiti untuk meneruskan perjuangan. Tapi pasti ada dikalangan anda yang bercita-cita dari tadika lagi mahu menjadi seorang guru. Ada tak?
Pasti ada bukan?
Sekarang pengambilan guru sangatlah banyak buat kaum lelaki, dan tidak lupa juga buat kaum wanita. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memenuhi impian yang terpendam itu.
Proses pemilihan bagi bidang pendidikan mempunyai 3 proses, iaitu kelayakan akedemik, lulus ujian medsi dan terakhir temuduga.
Tips Cara Pemakaian Semasa Temuduga Guru
Tips Cara Pemakaian Semasa Temuduga Guru
Tahukah anda kebanyakkan mereka, berjaya melalui 2 proses tersebut tetapi gagal semasa temuduga guru, kenapa?
Tips etika pakaian semasa temuduga guru
- Penampilan dan pakaian untuk lelaki
- Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
- Memakai kasut dan berstokin. (Sandal atau selipar ditegah)
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
- Penampilan dan pakaian untuk wanita
- Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
- Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
- Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
- Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
Semasa di dalam sesi temuduga, kemungkinan anda akan diminta untuk berlakon jika anda adalah guru. Jadi yakin pada diri yang anda mampu buat, jangan malu dan berdiam. Seorang guru harus petah berkata.kata.
0 Komentar untuk "Tips Etika Pakaian Semasa Temuduga Guru"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.