Berwaspada dengan penularan MERS

Assalamualaikum


KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan wabak "Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata tidak perlu bagi sesiapa untuk menukar rancangan perjalanan kerana MERS. Bagaimanapun, pelawat yang hendak ke negara-negara di atau dekat Timur Tengah hendaklah mematuhi langkah berjaga-jaga.

"Mereka hendaklah kerap mencuci tangan dan mengelak daripada orang yang sakit dan menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin".
 
"Jika demam dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan respiratori seperti batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas melawat ke negara-negara di Timur Tengah atau negara jiran, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan terbaru mereka," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini".

Pada Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan bahawa seorang lelaki meninggal dunia pada 13 April akibat MERS-CoV, kes pertama seperti itu dilaporkan di Asean.

Lelaki itu baru pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

Tanda-tanda jangkitan MERS adalah seperti demam, kesukaran bernafas, radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

Dapatkan rawatan segera jika wujud tanda-tanda jangkitan respiratori seperti batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas melawat ke negara-negara di Timur Tengah atau negara jiran..

BERNAMA.
 
0 Komentar untuk "Berwaspada dengan penularan MERS"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info