Assalamualaikum
Tiada siapa sangka satu papan iklan yang diletakkan di Pantai
Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil akan mendapat perhatian luar biasa
seperti hari ini.
Iklan Adidas yang memaparkan pemain bola sepak Uruguay, Luis Suarez
membuka mulut berteriak “all or nothing” tiba-tiba menjadi tarikan
terbaru buat pengunjung di pantai tersebut sebagai lokasi selfie.
Ia kerana gambar pada papan iklan itu amat sesuai jika seseorang mahu
mengabadikan gambar seolah-olah menjadi mangsa gigitan Suarez.
Selain sebagai gambar kenangan suka-suka, ramai pengunjung memuatnaik
gambar mereka ‘digigit’ Suarez itu di laman sosial seperti Instagram
untuk berlawak.
Semua ini gara-gara kontroversi yang dicipta Suarez pada perlawanan
pusingan pertama Piala Dunia 2014 Khamis lalu apabila dia bertindak
menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Akibatnya Suarez didenda tidak boleh menjalani aktiviti berkaitan bola
sepak selama empat bulan dan digantung daripada bermain sembilan
perlawanan sekaligus mengakhiri persembahannya di Piala Dunia Brazil
tahun ini. #mynewshub
0 Komentar untuk "Gigi Suarez jadi modal Selfie pengunjung "
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.