Assalamualaikum
MANILA – FILIPINA. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati
jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut
anaknya yang baru lahir.
Apabila Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka
pelekat pada mulut Yohannes Noval, alasan yang diberikan adalah bayi itu
menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu lapor Daily Mail.
Media Sun.Star Cebu melaporkan, semasa jururawat membuka pelekat
tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka.
“Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui
ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital.
“Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula,” katanya
0 Komentar untuk "Jururawat pelekat mulut bayi akibat kuat menangis"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.