Assalamualaikum
"Orang Minyak" penuntut ilmu hitam berjaya diberkas | Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara
selain mengamalkan beberapa ‘syarat dan pantang’ bagi membolehkannya
mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan
kekebalan.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional
Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih
tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak
di negara ini dianggap sebagai terpencil.
“Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh ‘orang
dulu-dulu’. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah mer0g0I 99 perempuan
yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.
“Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar
pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan
itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak
boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai
terutamanya anak dara,” katanya kepada di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu
Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing
dipercayai mengamalkan ilmu hitam ‘orang minyak’.
Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang
mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat
tempatan adalah minimum.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang
mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau
yang banyak berlaku kebelakangan ini.
“Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya
perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal
ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih
dahulu.
“Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu
hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan
ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing
terutamanya dari Indonesia dan Afrika,” jelasnya.
Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya
perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan
berlakunya perbuatan syirik.
“Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai
ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama,”
ujarnya
Sumber
2 Komentar untuk ""Orang Minyak" penuntut ilmu hitam berjaya diberkas"
hambek!
mintak dijauhkan daripaada semua ini
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.