Gempar ! Pawagam di Sandakan terbakar dijilat api

Assalamualaikum

 
 
Gempar ! Pawagam di Sandakan terbakar dijilat apiSebuah pawagam di kompleks beli-belah di bandar ini, terbakar sebentar tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ada mangsa mengalami kecederaan namun belum dapat disahkan jumlahnya.
Lebih 100 pengunjung pawagam One Kapital Plaza yang sedang menonton wayang bertempiaran lari apabila panggung wayang itu terbakar dan dipenuhi asap di Jalan Tanah Merah, Bandar Lela, di sini, semalam.
Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang itu, sebahagian besar pengunjung pawagam itu panik sehingga ada yang memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri kerana bimbang terperangkap didalamnya.
Menurut pengunjung beberapa bunyi letupan turut kedengaran menyebabkan orang ramai bertambah panik.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, ekoran keadaan tidak terkawal itu dua orang pengunjung mengalami cedera ringan kerana bertindak memecahkan cermin - MNH 

0 Komentar untuk "Gempar ! Pawagam di Sandakan terbakar dijilat api"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info