Kejadian air laut pasang besar di Kuala Perlis

Assalamualaikum

Bila lihat fenomena air laut pasang besar nie, aku teringat balik fenomena seumpama ini yang berlaku pada 6 Jun 2012 yang lalu.

Di mana ketika itu, bukan hanya penduduk sekitar Kuala Perlis yang mengalami kejadian seumpama itu, malah penduduk negeri lain yang tinggal berdekat laut turut merasainya. Fenomena itu telah mengejutkan masyarakat kerna tidak pernah lagi berlaku kejadian air pasang besar kecuali di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia.

blog

Namun, fenemone di atas dikaitan dengan kejadian Transit Planet Zurah melintasi bumi yang berlaku sekitar jam 6.59am pada 6 Jun 2012 ketika itu. Gambar di atas menunjukkan fenomena air pasang besar sehingga mengakibatkan rumah penduduk di tepi lautan dimasuki air.

Hari ini, sekali lagi penduduk Kuala Perlis dikejutkan dengan kejadian air pasang besar, tetapi tidak seteruk air pasang besar di atas, kerna hanya membanjiri jalan-jalan sekitar kuala perlis sahaja. 

Gambar ini, di ambil oleh penduduk yang melalui jalan Kuala Perlis petang tadi, 12 Julai 2014.


Gambar ini diperolehi daripada group Republic Anak Perlis.

2 Komentar untuk "Kejadian air laut pasang besar di Kuala Perlis"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info