Assalamualaikum
Kuala Lumpur: Dua
mendapan sedalam enam meter seluas 20 meter persegi berlaku di projek
pembinaan terowong empat lorong di persimpangan Jalan Pudu-Jalan Hang
Tuah-Jalan Imbi, semalam.
Kejadian pada jam
10.38 pagi dan 12.20 tengah hari itu menyebabkan bahagian struktur
terowong kenderaan laluan bawah tanah sepanjang 35 meter mengalami
kerosakan. Bagaimanapun
tiada mangsa terperangkap, cedera atau kemalangan jiwa berlaku dalam
kejadian yang menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.
Saluran paip pecah
Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata mendapan itu berlaku apabila saluran paip air utama pecah menyebabkan kawasan terbabit diresapi air dan mengganggu struktur tanah di tapak pembinaan.
Kejadian dikatakan
bermula dengan mendapan pada jam 10.38 pagi sebelum sebahagian tanah
yang memisahkan terowong turut mendap hingga menyebabkan kawasan
terbabit mempunyai lubang yang mampu memuatkan sebuah bas 44 penumpang.
Difahamkan,
kejadian disedari dua pekerja tapak pembinaan terowong berkenaan yang
berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan insiden kepada pihak
berkuasa. Beberapa jalan utama seperti Jalan Pudu, Jalan Imbi, Puduraya, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Hang Tuah sesak teruk.
Rangka terowong hampir musnah
Penolong Pengarah
Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail,
berkata mendapan tanah terbabit mengakibatkan rangka terowong yang
dipasang di bawahnya hampir musnah dan berisiko untuk dilalui kenderaan awam.
Siasatan awal mendapati ia akibat jalan sesak di bahagian atas terowong itu hingga menyebabkan struktur tanah tidak mampu menampung beban kenderaan yang melalui jalan itu.
Sebelum kerja
pembersihan dapat dijalankan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS) dipanggil bagi menutup saluran utama air ke paip berkenaan,
katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Sementara itu,
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS,
Priscilla Alfred, berkata gangguan air tidak berjadual berlaku di Jalan
San Peng, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah dan Jalan Davis
berikutan paip 600mm di persimpangan berkenaan pecah. Katanya,
siasatan mendapati kejadian paip pecah disebabkan kerja pengorekan
terowong oleh kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL). DBKL
telah melantik kontraktor paip bagi melaksanakan kerja pembaikan paip
itu dan dijangka siap sepenuhnya lewat tengah malam tadi, katanya.
sumber: berita harian
0 Komentar untuk "Punca sebenar tanah mendap di persimpangan jalan Hang Tuah"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.