Tahniah Amar Asyraf sudah bergelar bapa kepada bayi lelakinya

Assalamualaikum

Amar Asyraf pernah terkenal dengan watak Zain, iaitu suami kepada Ersalina iaitu lakonan Nelydia dalam drama akasia Setia Hujung Nyawa malah beliau juga turut berlakon dalam pelbagai lagi drama terbitan TV3.

Amar Asyraf Bergelar Bapa, Timang Bayi Lelaki

Amar Asyraf telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Arna Salleh pada Jun tahun lalu, dan kini sah bergelar bapa kepada bayi lelaki. 

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Amar menerusi laman Instagram peribadinya bersama dia sedang mendukung bayi. 

Berdasarkan waktu yang tertera di foto yang dimuat naik, berkemungkinan isteri Amar, Arna Salleh selamat bersalin pada tengah malam tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Sebentar tadi juga Amar menerusi laman Instagramnya itu telah mengumumkan nama anaknya. Bayi lelaki comel itu telah dinamakan Amar Taufiq Bin Amar Asyraf.

anak amar asyraf bergelar bapaanak amar asyraf

Tahniah diucapkan kepada Amar Asyraf dan Isteri atas berita gembira nie. 
0 Komentar untuk "Tahniah Amar Asyraf sudah bergelar bapa kepada bayi lelakinya"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info