Kuda belang dikacukan dengan keldai - ZONKEY

Assalamualaikum

Seekor binatang hasil daripada kacukan kuda belang dengan keldai telah menghasilkan "ZONKEY" iaitu (zebra dan donkey) yang dilahirkan di Crimea.



Namun begitu, keadaan rupa ZONKEY ini membawa kelainan yang pelik dan unik apabila kepalanya berupa keldai dan badan yang berjalur seperti kuda belang.

Menurut jurucakap Zoo di Crimea, walaupun kacukan tersebut jarang berlaku di dunia ini namun ketika ini seekor ZONKEY yang luar biasa telah pun dilahirkan.

Kacukkan ini tidak dirancang sama sekali kerana kuda belang tersebut telah dipindahkan ke kandang keldai selepas kelihatan tidak sihat dan enggan mengawan. 


Tetapi ketika berada di kandang keldai tersebut, kuda belang itu telah mengawan dan mengandung lalu melahirkan anak kacukan separuh keldai dan berbadan kuda belang seperti ibunya
0 Komentar untuk "Kuda belang dikacukan dengan keldai - ZONKEY"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info