Assalamualaikum
ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat
serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang
tadi.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil
Mamu, meninggalkan seorang balu, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga
orang cucu.
Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung.
Allahyarham pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001.
Selain berlakon drama, Allahyarham juga popular menerusi filem Anak Mami dan sitkom Salam Pantai Timur.

2 Komentar untuk "Maidin Ibrahim Mami jarum meninggal dunia jam 2 petang tadi"
semoga rohnya di tempatkan di kalangan org beriman ..
moga rohnya ditempatkn di klngn org beriman .
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.