Drama Suami Ku Encik Sotong Full Episode

Assalamualaikum

Suami Ku Encik Sotong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuiSJMXBrqLQxTAOTNN0Jb7cynYEyT5kYLlHE2njgp2VCEBH6c2gp7tn33noReNmxLTgjtLqXih3fvytujw-OBPxbpjGt1_Zs4m2Khk2H6mKCjNpfLwjMwI9X0XjXEBYK_QMqy5sJ3pgc/s1600/Sharnaaz+Ahmad+dan+Amyra+Rosli.jpg

Sinopsis

Suamiku Encik Sotong mengisahkan tentang ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. 

Naik semak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua.

Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

 “Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Drama Suami Ku Encik Sotong Full Episode

Suami Ku Encik Sotong - Episode 1
Suami Ku Encik Sotong - Episode 2
Suami Ku Encik Sotong - Episode 3
Suami Ku Encik Sotong - Episode 4
Suami Ku Encik Sotong - Episode 5
Suami Ku Encik Sotong - Episode 6
Suami Ku Encik Sotong - Episode 7
Suami Ku Encik Sotong - Episode 8
Suami Ku Encik Sotong - Episode 9
Suami Ku Encik Sotong - Episode 10
Suami Ku Encik Sotong - Episode 11
Suami Ku Encik Sotong - Episode 12
Suami Ku Encik Sotong - Episode 13
Suami Ku Encik Sotong - Episode 14
Suami Ku Encik Sotong - Episode 15
Suami Ku Encik Sotong - Episode 16
Suami Ku Encik Sotong - Episode 17
Suami Ku Encik Sotong - Episode 18
Suami Ku Encik Sotong - Episode 19
Suami Ku Encik Sotong - Episode 20 (Akhir)
 


0 Komentar untuk "Drama Suami Ku Encik Sotong Full Episode "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info