Gelak ketawa dan menangis tengok Big Hero 6

Assalamualaikum




Sapa yang dah tengok filem Big Hero 6? Sila angkat jari kaki.Huhuhu, actually, filem yang aku idamkan nie, dah pun berjaya aku tonton. Aku memang minat giler cerita animasi nie, walaupun aku nie dah berusia (xde la tua sangat) tapi cerita Frozen tu sampai boley aku pujuk member pergi tengok wayang.




Serba sedikit Sinopsis Big Hero 6


Movie ini menceritakan kisah seorang remaja super pintar, Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram di bandar San Fransokyo (inspirasi oleh San Francisco & Tokyo). Abangnya, Tadashi sangat risau perangai adiknya lalu mengajak Hiro ke makmal robotik & bertemu dengan kawan-kawan Tadashi yang super genius. Bila dah tengok Fred, Wasabi, Honey & Go Go Tomago bersama ciptaan luar biasa termasuk robot ciptaan abangnya, Baymax - robot nurse peribadi. Si Hiro menjadi sangat teruja nak belajar di universiti robotik. 

Ciptaan mikrobot oleh Hiro telah menarik minat Professor Callaghan & Krier. Akhirnya Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut. Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalkan ciptaan robotnya yang bernama 'Baymax'. - ini part paling sedih & kelakar.

Hiro berasa hairan microbot ciptaan cuba untuk menunjukkan sesuatu yang pelik dan dia bersama Baymax telah pergi ke suatu tempat. Ditempat itulah Hiro telah menemukan ada orang lain yang telah mengklon microbot ciptaannya. Barulah Hiro sedar kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan. 

Bersama-sama rakan abangnya Fred, Wasabi, Honey dan Go Go Tomago, Hiro telah menubuhkan kumpulan Wira berteknologi iaitu Big Hero 6. Hiro telah mencipta baju dan alatan khas termasuk Baymax yang mampu untuk terbang untuk mencari pembunuh tersebut. Tetiba jadi cerita superhero nak melawan penjahat.- Krdt by BBL

Selebihnya korang tengok sendiri ye

Tangisan dalam ketawa tonton Big Hero 6

Apa yang aku boley kata, movie nie memang penuh gelak ketawa dengan telatah Baymax yang sangat ciut. Ada saja yang dia cuba bagi penonton ketawa, dengan perut dia yang buncit yang cuba pakai pakaian ciptaan Hero. Baymax ni sangat sayangkan Hero, sehinggakan dia sanggup korbankan dirinya sendiri untuk selamatkan Hero. hmmm..

Berapa bintang untuk Big Hero 6 ?

Aku bagi 5 bintang. Ini antara filem animasi yang aku suka selain Frozen dan Madagascar. Tak sabar pula nak tonton movie terbaru Penguin-Madagascar nie. huhu..



2 Komentar untuk "Gelak ketawa dan menangis tengok Big Hero 6"

sy suka tgk citer mcm ni..mekasih coz sudi singgah blog sy...dan done follow here...salam kenal (^_^)

Sapa la sy, ceta kartun yg ada komedi dan sempoi comform layan abis

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info