5 Teknik Tingkatkan Buffered Earning Nuffnang

Assalamualaikum

5 Teknik Tingkatkan Buffered Earning NuffnangRasanya ramai sudah yang mengenali Nuffnang kan? Bagi yang belum tahu boleh baca Apa itu Nuffnang dan Glitterari. Majoriti 9/10 blogger pasti menggunakan nuffnang sebagai sumber pendapatan bagi penulisan anda sebelum beralih kepada syarikat pengiklanan yang lain kan...

Bagi anda yang berkhidmat dengan nuffnang, berapakah CPUV atau buffered earning yang anda perolehi dalam sebulan? ada yang dapat 3 BE dan ada yang dapat sampai 6 BE. Tetapi berapakah nilai bagi 1 BE anda dalam status On Going kepada Credited... adakah RM 0.89 atau mungkin RM 5.00 bagi 1 BE ? kalau di darab pula kepada 5 BE ? banyak kan?.

Di sini, aku akan kongsi beberapa teknik bagi meningkatkan buffered earning anda?

5 Teknik Tingkatkan Buffered Earning Nuffnang
  
1. Status Glitterati

Bagi yang berstatus glitterati(exclusive) anda akan perolehi 0.25 per klik manakala ordinary(non-exclusive) pula hanyalah 0.15 per klik. Ada beza sangat tu, so pastikan anda adalah ahli glitterati kerana kadar yang  diberikan 20%-40% lebih banyak berbanding ahli biasa.

2. Maintain-kan Traffik Blog

5 Teknik Tingkatkan Buffered Earning Nuffnang

Pastikan traffik blog anda sentiasa maintain, walaupun tidaklah sehebat blog-blog otai. Ini adalah satu cara untuk anda terus berpeluang untuk  dapatkan buffered earning dari Nuffnang.

3. Posisi Iklan

Pastikan anda meletakkan iklan mengikut yang posisi yang diarahkan oleh Nuffnang. Bagaimana? sila rujuk panduan yang diberikan mengikut bilangan bintang bernyala. Paling kurang pun, 4 bintang dari 5 bintang yang terbaik.

4. Update Entry

Untuk mendapatkan buffered earning untuk setiap bulan, anda perlulah rajinkan diri untuk update entry. Jangan biarkan entry tidak berjalan, siapa nak letak iklan kan? Paling kurang anda boleh update sehari 1 entry.

5. Update Survey

Selalu update pada survey di katakan cara untuk mendapatkan BE dari nuffnang. Pernah terbaca pada satu entry,seorang blogger medapat BE selepas update biodata,tapi sejauh mana kebenarannya,tidak dapat di pastikan,yang pasti kita boleh mencuba.


1 Komentar untuk "5 Teknik Tingkatkan Buffered Earning Nuffnang"

wahhh tingginya traffik . tak pernah lagi dapat BE ni

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info