Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis

Assalamualaikum

Selepas Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, kemudian sampai pula ke Pahang, dan kini beberapa kawasan di sekitar Negeri Perlis pula turut menghadapi masalah yang sama.

Menurut Bilik Gerakan Majlis Keselamatan (MKN) Perlis, hanya satu kawasan yang terjejas teruk dan akan terus memantau kawasan yang berisiko dilanda banjir antaranya kawasan yang terletak di sepanjang laluan air Empangan Timah Tasoh ke laut terutamanya sekitar Beseri, Santan, Kangar, Indera Kayangan dan juga kawasan kampung berhampiran empangan.

Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis
  
Banjir yang melanda bahagian utara Perlis ini menyebabkan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan pagi tadi - MKM perlis

Masa gelombang pertama hari tu, tak la sampai naik atas jalan macam nie aku rasa, tapi gelombang kedua nie, sampai penuh jalan raya terutama kawasan Beseri masa aku lalu petang tadi.

Dan ini antara beberapa gambar di ambil oleh rakan-rakan di sekitar Perlis. Bagi yang nak tengok level air sungai boleh rujuk sini - River Level

Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis
Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis
Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis

Bagi kawasan kampung yang berhampiran Sungai Repoh, aliran sungai deras, so yang mana rumah-rumah dekat sungai tu, yang rendah memang masuk air laa. Tapi kawasan kampung aku, buat masa sekarang dalam langkah berjaga-jaga. 

Yang paling best musim banjir nie..nie hah... hasil pukat dekat empangan Timah Tasoh...euwwww..

ikan raksasa

Dengar kata diorang dah bakar ikan nie petang tadi...hmm



2 Komentar untuk "Banjir Mula Melanda Kawasan Sekitar Perlis"

Wah besarnya ikan tu... apa-apa pun semoga Allah permudahkan segalanya...

BESARNYA ikan ,, semoga Allah permudahkan segalanya, amin :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info