Assalamualaikum
Dikhabarkan pesawat AsirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya menghala ke Singapura didapati hilang dari radar dengan membawa 155 orang penumpang. Penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua orang bayi serta anggota kabin iaitu 2 orang juruterbang, 4 anak kapal dan seorang juruteknik.
Mereka ini terdiri dari 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, 1 Singapura, 1 British dan seorang rakyat Malaysia.
Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.30 pagi waktu Indonesia (6.30 am waktu Malaysia) dan dijadual tiba di lapangan terbang Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, tetapi tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan - menurut laporan media.
Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat terbabit - BHonline
Apa pun, kita doakan keselamatan mereka,
PrayForAirAsiaQZ8501
0 Komentar untuk "Pesawat AirAsia QZ 8501 Didapati Hilang Dari Radar"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.