3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah

Assalamualaikum

Membeli barangan secara online, ada positif dan negatifnya. Hakikatnya, pada hari ini, ramai yang lebih gemar shopping secara online berbanding terus ke kedai. Mengapa begitu? mungkin mereka punyai alasan tersendiri.

Kelebihan dalam membeli belah secara online ini, dapat menjimatkan masa dan kos. Iye la, orang perempuan kalau bershopping, berjam-jam belek sehelai baju, tapi lastly balik tangan kosong, kenapa? alasannya tak berkenan. Haha. Lumrah wanita.

3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah

Jangan ingat, kenaikan kos sara hidup akan membantutkan hobi bershopping kaum hawa. Jadi, di sini aku kongsikan laman shopping online, menjanjikan harga yang termurah dan berkualiti untuk anda.



3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah


Nile Store Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk belian pelbagai secara online. Kalau anda lihat, "barangan yang dijual murah dan penghantarannya sangat pantas, hari nie order, esok dah sampai", bak kata encik titan.

Syarikat ini menyediakan pelbagai barangan mengikut trend semasa dengan harga yang lebih rendah. Kiranya, harga mampu milik la. Tambahan lagi, nile.com juga telah membuat penjenamaan semula untuk perkhidmatan 24 Jam Cash On Delivery mengunakan motosikal. Perkhidmatan ini hanya merangkumi kawasan terdekat sahaja antaranya KL, PJ dan Subang. 

Jadi, kalau anda nak barangan secara COD, hanya tunggu di rumah, barangan sampai baru la bayar secara cash. Hah mudah kan? tak perlu risau soal barangan sampai ke tak.

2. Lazada.com.my

3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal Lazada. Bagi yang belum tahu, Lazada store menyediakan pelbagai barangan dengan pembelian secara online, mudah dan jimat.

Mungkin sebelum, ada yang menyeluarkan keluhan negatif mengenai perkhidmatannya, namun kini feedback yang diterima oleh pihal Lazada, telah meningkatkan keberkesanan pengurusannya. 

Malah lazada juga menawarkan service cash on delivery bagi mereka yang mahu mendapatkan barangan dahulu sebelum membayar.

3. Lelong.com.my

3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah

Lelong.com.my adalah sebuah laman jualan online yang agak popular di Malaysia.  Di mana, anda boleh menjual barangan anda, dengan hanya daftar di laman tersebut, snap gambar barangan, dan letak harga, kemudian tunggu pembelinya.

Ini adalah website shopping online yang paling aku. Di sini, anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang murah berbanding di luar. Pengalamn aku beli casing Lenovo A516, dengan harga RM16.90, kalau di luar harganya RM25.00 dan ke atas. Jadi rasanya agak berbaloi di sini.


Anda pula bagaimana?



3 Komentar untuk "3 Laman Shopping Online Malaysia Termurah"

Shopping itu memang xleh lari dari perempuan. hihihi yaya biasa shopping at Lazada barang oke harga pun oke

tadi baru lepas shopping kat Nile. hikhik

(http://anies-msletoes.blogspot.com/)

betol2, tapi lazada tak byk sgt pilihan...slalu beli brangan elektrik je

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info