Assalamualaikum
Babi Hutan masuk perpustakaan? Aikk dia pun nak baca buku ke?
Ikuti kisah selanjutnya...
Cyberjaya, 5 Jan 2015 - Seekor babi hutan didapati menyerang perpustakaan Universiti Multimedia jam kira-kira 1.30 petang tadi.
Disebabkan kekecohan yang terjadi, semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan terbabit diarahkan keluar bagi membenarkan pihak bomba menangkap haiwan liar tersebut.
Menurut ketua perpustakaan MMU, Kamal Sujak,
"Babi hutan itu kecundang setelah bergelut dengan bomba selama dua jam dalam perpustakaan. Disebabkan kejadian tersebut, bahagian utama perpustakaan terpaksa ditutup buat sementara kerana berselerak akibat menangkap haiwan liar terbabit".
Gambar Babi Hutan Serang Perpustakaan Cyberjaya
Menurutnya lagi, haiwan liar terbabit mungkin tersesat sehingga memasuki perpustakaan tersebut. Ini kerana kawasan tersebut berhampiran dengan hutan. Katanya lagi, ruang bacaan utama akan dibuka seperti biasa.
5 Komentar untuk "Babi Hutan Masuk Perpustakaan ?"
keras hidung babi ni . huhuu
uishh :3
tengah pilih buku tengok2 ada babi hutan..konpem terkejut giler...haha
tp bhaya babi hutan nie...dia songdol tu bahaya....kat uum dlu banyak la...
bahaya....haram satu hal ..sondol kereta pun boleh kemek...ini kan manusia..jangan buat keeeejeee
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.