Bagaimana Virus E-Coli Menyerang Manusia ?

Assalamualaikum

E-Coli merupakan sejenis bakteria yang hidup di saluran pencernaan manusia. Namun tidak semua strain e-coli memberi manfaat bagi tubuh manusia kerana ada beberapa jenis tertentu mampu menghasilkan racun sehingga menyebabkan infeksi serius kepada manusia.

"E-coli atau nama saintifiknya "Escherichia Coli" ini jenis amat berbahaya itu sudah menyebabkan 18 kematian di Jerman dan satu di Sweden, serta lebih 1,700 jatuh sakit, dalam wabak e-coli yang paling teruk pernah direkodkan". - BH online 2011.

Pernah sekali dahulu Bernama mengeluarkan kenyataan bahawa bakteria e-coli ditemui dalam sungai Batu Feringgi, tetapi tiada yang dijangkiti virus tersebut.

Bagaimana Virus E-Coli Menyerang Manusia ?

Apakah Punca E-coli merebak ?
  • Minuman tercemar (air minuman tercermar)
  • Pakaian kotor
  • Minum susu tidak dipasteurisasi (susu mentah tanpa proses)
  • Makan makanan yang mentah atau tercemar
  • Bermain dengan air kotor
Apa Pula Simptom-Simptom E-coli ?

Tanda-tanda awal mengesan seseorang itu dijangkiti wabak virus e-coli adalah seperti 
  • Demam panas 
  • Sakit dada
  • Sakit perut
  • Muntah-muntah
  • Kekejangan pada bahagian abdomen
  • Cirit-birit berdarah
Gejala ini juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, uremia ( kehadiran urea dan bahan buangan bernitrogen dalam darah dengan jumlah berlebihan) serta boleh mengakibatkan pendarahan. Sebahagian kecil wabak ini boleh membabitkan kanak-kanak dan warga tua yang bolehh mambawa kepada komplikasi buah pinggang yang kronik.

Dapatkan rawatan dengan segera

Sekiranya anda mengalami beberapa simptom-simptom seperti di atas, segera dapatkan khidmat rawatan dari hospital atau klinik-klinik yang berhampiran. Terutamanya ketika musim banjir ini, dan jangan biarkan ia menjadi lebih teruk.


0 Komentar untuk "Bagaimana Virus E-Coli Menyerang Manusia ?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info