Assalamualaikum
Bagi pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian anda ke mana-mana IPTA, hendaklah membuat pembeli nombor pin UPU bagi sesi akademik 2015/2016.
Pengumuman terkini, pembelian No. Unik ID dan permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik dan ILKA bagi sesi akademik 2015/2016. Sehubungan dengan itu, borang UPU secara online boleh di akses mulai 19 Januari 2015 sehingga tarikh tutup 6 April 2015.
Borang UPU online sesi 2015/2016 - Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 19 Januari - 6 April 2015.
Berikut adalah tatacara pembelian No. Unik ID ( No. Pin UPU ) :
- Sila datang terus ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan rumah anda.
- Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan UPU.
- Anda perlu mengisi nama dan nombor IC pada slip deposit (borang berwarna biru) seperti yang tertera di bawah ini.
- Pergi ke kaunter dan buat pembayaran
- Untuk permohonan UPU akan dicas sebanyak: RM10.00 + RM0.60 (cas perkhidmatan)
Contoh Salinan Slip Pembelian No. Unik ID di BSN
Maklumat Penting Permohonan UPU sesi akademik 2015/2016
- Permohonan BPKP (bahagian permohonan kemasukan pelajar) UPU bagi sesi 2015/2016 dijangka akan dibuka pada 19 Jan- 6 April 2015.
- Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
- Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
- Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
2 Komentar untuk "Tarikh Pembelian Nombor Pin Kemasukan UPU 2015/2016"
dulu buat pun suh orang ajarkan..hehee..
betul tu kak nad . hehee
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.