Whatsapp Hadir Dengan Versi Web

Assalamualaikum

Whatsapp Hadir Dengan Versi WebWhatsapp hadir dengan versi web secara rasminya telah diperkenalkan hari ini, sekaligus membolehkan pngguna untuk masuk atau log in perkhidmatan whatsapp hanya dengan menggunakan komputer anda. 

Hoho.. hebat kan. Kalau dulu anda hanya boleh berchatting dalam whatsapp menggunakan smartphone, hari ini, anda juga boleh berchatting dengan skrin yang lebih besar iaitu mengunakan komputer anda sendiri.

Tambahan lagi, Whatsapp Web ini hanya memerlukan pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan menggunakan aplikasi whatsapp di peranti mudah alih anda. Namun, buat masa ini whatsaap web hanya menyokong aplikasi Blackberry, Android dan juga Window phone. Jadi yang untuk pengguna IOS tidak boleh digunakan, menurut pihak Whatsapp, ini kerana had yang telah ditetapkan oleh pihak Apple pada platform mereka.

Whatsapp Hadir Dengan Versi Web

Whatsapp Hadir Dengan Versi Web

Apa yang anda patut lakukan untuk menggunakan perkhidmatan Whatsapp Web ini adalah, anda perlu update aplikasi Whatsapp yang terkini, di mana pihak whatsapp telah pun menambah menu terbaru pada aplikasi ini. 

Bila anda mengakses menu itu, ia akan membuka satu aplikasi kamera untuk mengimbas kod QR yang dipaparkan pada pelayar web.

Untuk ketahui lanjut, sila baca di ruang ini - memudahkan anda menggunakan whatsapp pada komputer.


0 Komentar untuk "Whatsapp Hadir Dengan Versi Web"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info