Berita baik buat pengguna lebuhraya, Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberikan anda rebat tol sehingga 30% buat pengguna kenderaan Kelas 1 di lebuh raya itu bersempena dengan Tahun Baru Cina ini.
Manakala rebat sebanyak 20 peratus pula, akan diberikan bagi perjalanan pada hari puncak iaitu 17,18,21 dan 22 Februari dan ia melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 yang mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan oleh PLUS.
Manakala rebat sebanyak 20 peratus pula, akan diberikan bagi perjalanan pada hari puncak iaitu 17,18,21 dan 22 Februari dan ia melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 yang mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan oleh PLUS.
PLUS turut memberikan rebat 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari bukan puncak, iaitu pada 16 dan 23 Februari.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata pengguna untuk
perjalanan jarak jauh (melebihi 100 km) serta membayar tol secara
elektronik layak menikmati faedah itu.
Rebat Tol 30% PLUS Sempena Tahun Baru Cina
"Berdasarkan kajian, PLUS mendapati kadar pematuhan yang tinggi terhadap
TTA dapat mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, kawasan
rehat dan plaza tol," katanya kepada pemberita di Galeri Mufors di sini
hari ini.
Katanya, orang ramai boleh merujuk jadual TTA menerusi laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik dan memuat naik jadual itu menerusi aplikasi
plus mobile.
Noorizah berkata, bagi keselesaan orang ramai pada musim perayaan itu,
seramai 3,000 kakitangan PLUS akan ditempatkan di plaza tol dan membuka
1,200 kaunter tol di lebuh raya serta membuka kawasan meletak kenderaan
tambahan di 21 kawasan rehat dan hentian sebelah terpilih.
Selain itu, kerja-kerja pembinaan (kecuali kerja-kerja kecemasan) di
lebuh raya akan dihentikan antara 13 hingga 22 Februari bagi membolehkan
pengguna TTA menikmati perjalanan yang lancar.
"Kementerian Pengangkutan juga telah mengeluarkan arahan agar kenderaan
berat tidak memasuki lebuh raya pada 17, 18, 22 dan 23 Februari ini,"
katanya.
-Bernama
0 Komentar untuk "Rebat Tol 30% PLUS Sempena Tahun Baru Cina"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.