Punca Kegagalan Pemohon Menerima BR1M2015

Punca Kegagalan Pemohon Menerima BR1M2015Permohonan BR1M 2015 bagi rakyat Malaysia untuk membuat kemaskini dan pemohonan baru dibuka bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2015. Dan mereka yang membuat demikian pada tarikh tersebut, akan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 bermula 12 Jan 2015.

Manakala mereka yang mengemaskini pada tarikh lanjutan iaitu dari 1 Jan hingga 31 Jan 2015, akan menerima bantuan bermula 12 Feb 2015.

Namun, tahun ini agak berbeza berbanding pemberian BR1M tahun-tahun yang lepas. Secara amnya, banyak lagi yang belum menerima bantuan rakyat ini. Bila dibuat semakan melalui e-BR1M, masih lagi menunjukkan status - permohonan dalam proses.

Untuk menjawap persoalan status permohonan anda masih dalam proses, terus saja hubungi talian ini.
  1. Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
  2. Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)
Punca Kegagalan Pemohon Menerima BR1M2015

Punca Kegagalan Pemohon Menerima BR1M2015

Sebagai makluman anda, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemuka pemohon akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.

Tapi agak mendukacitakan bagi mereka yang membuat permohonan tetapi gagal.

Sebab-Sebab Kegagalan Menerima BR1M2015
  1. Maklumat tidak lengkap
  2. Pertindihan nama pada tanggungan
  3. Pendapatan bulanan (gaji kasar) melebihi syarat layak  
  4. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  6. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  7. Maklumat tanggungan tidak lengkap
  8. Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
  9. Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  10. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  11. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  12. No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  13. Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  14. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  15. Permohonan lebih daripada satu kali
  16. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  17. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  18. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.
 sumber - aiskosong.
2 Komentar untuk "Punca Kegagalan Pemohon Menerima BR1M2015"

tgk husband punyer status lulus,, tapi duit tak masuk pun.. mungkin lambat sikit kottt... tp tak kesah pun,, ad rezeki ada,, takde rezeki takpe le.. :)

terima kasih di atas perkongsian ini...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info