Tuan Guru Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia. Al-Fatihah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ini.  Perkhabaran ini disampaikan menerusi laman page Facebook - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pusat

Beliau disahkan meninggal di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bahru Kelantan.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam sebaik tiba dirumahnya , selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia. Al-Fatihah


Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia. Al-Fatihah
ORANG ramai mula membanjiri kediaman Nik Aziz sebaik mendapat maklumat kematian Allahyarham. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim 

Biodata Ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tahun Lahir: 10 Januari 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.
 Al-Fatihah Tuan Guru..

0 Komentar untuk "Tuan Guru Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia. Al-Fatihah"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info