Manfaat Menabung Dari Sekarang

Manfaat Menabung Dari SekarangPastinya semua orang mahu menabung, tapi sikap ingin menabung, selalunya sukar untuk konsisten. Esok menyimpang, lusa terlupa. Hmm itulah sikap sebenar kita.

Macam nak elak sikap ini? mudah saja..

Bila anda membeli apa-apa barangan, pastikan ada lebihan syiling. Jadi, syiling tersebut, anda masukkan ke dalam tabung. Biarkan wallet anda, di dalamnya cuma ada wang kertas saja. 

Mungkin hari ini, anda simpan 20sen, esok ada lebihan lagi, simpan pula 50sen. Cuba bayangkan dalam seminggu, tidak mustahil tabungan anda sudah terisi dalam RM1 dan ke atas. Nampak macam sikit, tapi ada simpanan, dari tak ada langsung? kan...

Sikap ingin menambung ini boleh menyelamatkan anda ketika kesempitan. Tidak semestinya, hari-hari kita punya wang, adakala pasti kesempitan juga. Tabungan ini yang akan gunakan waktu kecemasan tersebut.

Manfaat Menabung Dari Sekarang

Manfaat Menabung Dari Sekarang

Dari pengalaman sendiri, aku cukup tak suka simpan syiling dalam wallet. Faktor utama berat, jadi dari situlah bermulanya minat menambung.

Setiap kali membeli, akan ada lebihan. Kesemua syiling yang ada, aku simpan dalam bekas. Memang tak ada langsung syiling dalam beg duit aku. 

Hah! ...bila sebulan aku kira, hoho.. dalam RM40 tu memang tak mustahil punya laa.. Bila cukup seratus, aku tukar kepada wang kertas. Kemudian simpan dalam ASB.

Simpanan secara konsisten di ASB, boleh meningkatkan dividen yang bakal anda dapat dalam setahun. Seronokkan? 

Duit tu, mungkin anda boleh guna untuk, bayar muka motor, kalau bayar simpan, mungkin muka rumah? Apa saja keinginan di masa hadapan, langkahnya adalah bermula dari sekarang.

2 Komentar untuk "Manfaat Menabung Dari Sekarang"

insyallah..sedang amalkan menabung

Menabung mmg bgs..ianya ptt di jdkn amalan dzaman skrg .. walaupn hanya nilai sesen jika dsimpn setiap hari blh mnjd nilai yg bnyk.. Selamat menabung..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info