Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog

Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript BlogGoogle Code akan ditamatkan. Aku mendapat tahu perkhabaran ini dari blog Infonet menerusi laman Kartikel.

Tak cukup dengan itu, sifu blogspot HasrulHassan turut berkongsikan tip untuk mengatasi masalah ini. Projek open-source atau sumber terbuka menerusi Google Code akan ditutup mulai 25 Januari 2016 nanti.

Kesannya, rakan-rakan blogger blogspot dikehendaki untuk menyemak semula kod-kod HTML terutamanya kod javascript (*.js) di dalam blogspot, termasuklah kod widget yang anda psang di sidebar blog. Kerana ada beberapa widget yang dikenalpasti menggunakan sumber code terbuka Google Code bergantung dari mana anda mendapatkan tutorial dan rujukan gadget berkenaan.

Apabila ianya ditutup, maka akan ada widget yang tidak dapat berfungsi dengan baik seperti sebelum ini. Malah ianya akan mudah terdedah kepada serangan virus, malware dan pencerohan data.

Menurut sifu blogspot, HasrulHassan ini lagi, kod-kod sumber terbuka di dalam Google Code akan mula berada dalam status read-only bermula Ogos 2015 nanti. Dalam fasa ini, semua pemilik kod projek terbuka dikehendaki memindahkan sumber kod projek tersebut ke sumber alternatif yang lain (untuk simpanan). Jika tidak kod-kod javascript tidak dapat dicapai lagi.

Langkah Yang Perlu Anda Lakukan..

Di sini, sifu blogspot ini ada berkongsi tip yang perlu anda lakukan bagi menangani masalah kod-kod javascript yang tidak akan berfungsi bila tiba masa nanti.
  • Semak kod HTML blogspot anda dengan mencari sumber kode yang mengunakan Google Code ini. Tekan ctrl-F dan taip GoogleCode. Jika ada, ia akan dikesan seperti gambaran di bawah.
Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog
  •  Kemudian anda highlight sumber kod tersebut seperti ini - "http://html5shiv.googlecode.com/svn/trunk/html5.js", salin dan paste URL itu di address bar browser anda, tekan enter dan anda akan lihat paparan seperti dibawah.
Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog

  •  Ok. Kemudian select all (ctrl-A) dan salin (ctrl-C)
  • Buka notepad anda, tampalkan (ctrl-V) yang disalin tadi. Simpan dan berikan nama seperti sumber asal tadi, dalam contoh ini adalah - html5.js. Penting kena letakkan akhiran js pada fail ini.
Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog

  • Untuk Free Javascript Hosting, anda dikehendaki memasukkan alamat email. Dah siap. Periksa email dari Your Javascript dan anda akan terima satu pautan di mana kod javascript itu disimpan.
Sekarang ambil pautan atau link URL yang diberikan dan gantikan dalam kod HTML blosgpot anda tadi.

Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog

Siap.

Nampak macam rumit, tapi sebenarnya mudah saja. Maka dengan pelaksanaan ini tidak akan menimbulkan sebarangan masalah lagi. Terima kasih kepada Bro Hasrul Hassan atas tip di atas.

7 Komentar untuk "Google Code Ditamatkan, Semak Kod HTML Javascript Blog"

Pindah lah ke WP kalau cam tu. Seronok tau :D

pernah cuba WP, tapi susah la nk bljaq balik.... kalau blogspot segala selok belok dah cekap...huhu

wauuu..kena kerja keras ni cek balik..terima kasih atas info ni

google code takde dalam template..google analytic je ada..hehe..selamat.

Terima kasih kongsi tentang ini :)

Terima kasih untuk ini.. :D

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info