Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 1 April

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 1 April Berita kenaikan harga petrol RON95, RON97 dan Diesel pada 1 April 2015, bersamaan tarikh pelaksanaan percukaian baru GST adalah palsu.

Khabar angin ini telah tersebar luas di media sosial dan Whatsaap, kononnya kenaikan harga petrol itu bakal naik bermula tengah malam 1 April.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan buat rakyat, setelah terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan. Bukan itu saja, ada sesetengah perniaga sudah pun menaikkan harga barangan mereka, sedangkan tarikh permulaan GST adalah esok hari.

Kenaikan Harga Petrol Adalah Palsu

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 1 April


Untuk itu, YB. Dato' Hasan Bin Malek, Menteri KPDNKK dalam facebooknya, menegaskan bahawa laporan berkaitan kenaikan harga petrol menjelang tengah malam ini adalah palsu.

Dan pada masa ini harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter. Kekal pada harga 1 Mac yang lalu.

Masyarakat dinasihatkan untuk tidak mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar melalui aplikasi Whatsaap, kerana sebaran itu bertujuan untuk menghasut keresahan awam dan mencetus lonjakan permintaan di pasaran.

Sehubungan dengan itu, KPDNKK turut melancarkan aplikasi MyKira GST bagi kemudahan rakyat membuat pembelian bijak. Ketahui info selanjutnya di - Aplikasi MyKira GST dilancarkan KPDNKK.



0 Komentar untuk "Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel 1 April "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info