Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam Kenangan

Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam KenanganMisteri kehilangan MH370 setahun dalam kenangan. Hari ini 8 Mac 2015, genaplah setahun misteri kehilangan pesawat Mas Boeing 777, yang didapati hilang dari radar sewaktu membuat penerbangan dari KLIA ke Beijing 8 Mac 2014.

Pelbagai teori dan kronologi dibuat. Namun tidak siapa yang tahu di mana kedudukan sebenar pesawat yang membawa 239 orang penumpang termasuklah anak kapal dan crew.

Pasawat Malaysia Airline ini terputus hubungan dengan pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kira-kira jam 2.40 pagi dan sepatutnya tiba di Beijing jam 6.30 pagi waktu tempatan. Pelbagai usaha mencari dan mengesan kedudukan mereka ditingkat. Di manakah mereke sebenarnya? hurmm....

Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam Kenangan

Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam Kenangan
Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam Kenangan

Misteri kehilangan pesawat MH370 mendapat perhatian dunia. Malah, banyak negara yang turun padang menyalurkan bantuan dengan aset-aset mereka dalam usaha mencari pesawat ini.

Sehinggalah kenyataan dikeluarkan bahawa titik akhir MH370 adalah di Lautan Hindi.

Walaupun tiada pertalian darah dengan penumpang dalam pesawat, kami tetap merasai kesedihan untuk menerima hakikatkan ini. Kami juga berharap sekiranya ada keajaiban yang Allah berikan dengan memulangkan kembali mereka ini ke pangkuan keluarga masing-masing.

Hanya Allah yang mengetahuinya... Al-Fatihah.




0 Komentar untuk "Misteri Kehilangan MH370 Setahun Dalam Kenangan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info