Pengeluaran Wang ATM Dikenakan GST

Pengeluaran Wang ATM Dikenakan GSTPengeluaran wang ATM dikenakan GST. Seperti yang kita sendiri ketahui, bermula 1 April 2015 ini, semua barangan yang perkhidmatan yang disenaraikan akan dikenakan GST sebanyak 6%.

Apa iti GST, rujuk entri ini - GST cukai 2015.

Kalau sebelum ini, kita dengar topup pun dah dikenakan GST sebanyak 6% dari kadar belian kita. Topup RM5 akan dibayar sebanyak RM5.30 manakala topup RM10 pula dikenakan bayaran sebanyak RM10.60. Dan kononnya - topup Maxis telah pun dikenakan GST, betul atau tidak aku kurang pasti.

Pengeluaran Wang ATM Dikenakan GST

Pengeluaran Wang ATM Dikenakan GST

Menurut kenyataan rasmi dari MEPS Malaysia, sebarangan pengeluaran wang dari mesin ATM akan dikenakan caj GST mulai 1 April ini.

Bagaimana caj GST dikenakan?

Okep! sebarang pengeluaran wang dari mesin ATM yang bukan dari pemegang kad bank tersebut akan dikenakan caj GST sebanyak RM1.06. Jika sebelum ini, anda mengeluarkan wang dari mesin ATM yang berlainan dengan pemegang kad bank dikenakan caj sebanyak RM1 bukan?

Dan sekirannya anda mengeluarkan wang dari mesin ATM dengan kad bank ATM yang sama, tiada sebarang caj dikenakan sama seperti sebelum ini.

Tambahan lagi, caj GST yang dikenakan itu bukanlah mengikut jumlah pengeluaran wang, tetapi banyak mana nilai wang yang dikeluarkan caj yang dikenakan masih tetap sama RM1.06.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. RM0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.


3 Komentar untuk "Pengeluaran Wang ATM Dikenakan GST"

Pas ni guna bank sendiri kecuali terdesak :)

Pas ni guna bank sendiri kecuali terdesak :)

Adeh... Keluar duit sendiri pun kena cukai! huhu...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info