Actually, aku baru saja berkesempatan menonton filem Cinderella 2015 ini semalam. Walaupun jalan ceritanya kita dah boleh agak, akhirnya happy ending. Tapi tetap menjadi tumpuan penonton, sanggup aku beratur panjang di Jitra Mall semata-mata nak tonton filem fantasi, fairy-tale ni. Hehe.
Hampir penuh jugalah kerusi pawagam hari ini untuk slot jam 2.00ptg. Huh! Sampai pelakon Isyarat Cinta datang untuk promosi filem pun, kitaorang tak endahkan. Nampak! obsesnya kami dengan cinderella.
So, untuk anda yang belum lagi menonton, rasanya tak best kalau tunggu online streaming, untuk filem yang takkan menghampakan korang.. Apa komen Ikaa?
Disney Cinderella 2015 Trailer
Sinopsis Cinderella 2015
Hampir penuh jugalah kerusi pawagam hari ini untuk slot jam 2.00ptg. Huh! Sampai pelakon Isyarat Cinta datang untuk promosi filem pun, kitaorang tak endahkan. Nampak! obsesnya kami dengan cinderella.
So, untuk anda yang belum lagi menonton, rasanya tak best kalau tunggu online streaming, untuk filem yang takkan menghampakan korang.. Apa komen Ikaa?
Disney Cinderella 2015 Trailer
Sinopsis Cinderella 2015
Kisah hidup bahagia Cinderella (Ella) bersama ayahnya seorang pedagang, kemudian berkahwin lagi setelah kematian tragis ibunya. Tertarik untuk sokongan perhatian bakal ibu tirinya, ayah Ella mengajak ibu tiri barunya Lady Tremaine serta putrinya Anastasia Tremaine & Drizella Tremaine ke rumah keluarganya. Tapi tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia semasa berdagang, maka bermula episode Ella didera tanpa pada belas kasihan oleh ibu & adik tirinya yang cantik tapi bodoh.
Akhirnya Ella hidup seperti seorang gadis pembantu rumah & diganti nama menjadi Cinderella (Ella yang kotor). Walupun sering didera, Ella tekad menghormati kata-kata ibunya sebelum meninggal yaitu agar memiliki keberanian & bersikap baik (have courage and be kind). Kemudian dia bertemu pemuda kacak & gagah di hutan bernama Mr.Kit, tapi Ella tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah putera raja & bukan seorang pegawai di Istana.
Sejak itu Ella akhirnya merasakan nasib dirinya akan berubah selepas kejadian berjumpa jejaka itu. Ella makin gembira ketika Istana mengirimkan undangan terbuka untuk semua gadis-gadis. Ini peluang harapan Ella sekali lagi untuk berjumpa & menawan Prince Charming "Kit." Ibu tirinya menghalang dia untuk hadir & tanpa belasa perasaan merobek gaunnya milik mendiang ibu Ella. Macam biasanya, tetiba ibu pari-pari pun datang menbantu bantuan dengan magis gaun biru, kereta kuda labu yang mengubah hidup Cinderella selamanya. Akhirnya Ella menjadi permasuri & hidup bahagia bersama Putera Kit.
Okep! stop.. Happy Ending.
Okep! stop.. Happy Ending.
Komen Penulis
Setiap cerita terbitan Walt Disney, pasti tidak akan mengecewakan penonoton. Dari filem Pirates Of Caribbean, Into the Woods, Frozen sampailah dua minggu ini filem Narnia di tayangkan, tak pernah menjemukan aku.
So aku bagi 5 bintang untuk filem Cinderella nie...
Korang yang belum tengok lagi, cepat-cepat pergi tengok dijamin tak menyesal punya habiskan RM15 untuk release tension kan.. sangat berbaloi.
0 Komentar untuk "Review Filem - Cinderella 2015"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.