Segmen "Kucing Saya Hebat!"

Hampir terlupa aku berkenaan segmen ini, sehinggalah aku terbaca entri yang terbitkan oleh blogger Jiarizaira. Sebenarnya aku pun pencinta kucing, dan sekarang ada sembilan ekor kucing peliharaan emak aku dirumah.Tujuh ekor yang meningkat dewasa, dan dua ekor lagi baru berusia satu bulan..

Baca : Blogger pencinta kucing..

Kucing ni bukan sekadar haiwan peliharaan, malah adakalanya dia menjadi penghibur dalam rumah kan..

Jadi, dengan ini aku menwar-warkan kepada sesiapa yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan dirumah rebut peluang untuk serta segmen "kucing saya hebat!" yang dianjurkan oleh AyuniRafilah. Sebanyak 22 hadiah lumayan menanti anda..

Syarat Penyertaan Segmen 

Segmen "Kucing Saya Hebat!"

Berikut adalah syarat penyertaan yang ditetapkan oleh penganjur;
  1. Buat entri bertajuk Segmen "Kucing Saya Hebat!" dan letakkan banner di atas beserta backlink ke entri blog ini.
  2. Upload sekeping gambar selfie kucing anda dalam entri. Ya, selfie kucing... bukan selfie anda sendiri.
  3. Lengkapkan entri bermula dengan ayat "Kucing saya hebat kerana..." (tidak kurang daripada 20 patah perkataan)
  4. Letak link ke entri anda di ruang komen di bawah.
  5. Tarikh tutup segmen ialah 20 April 2015.
  6. Pemilihan akan dibuat oleh juri berdasarkan kreativiti gambar dan entri.
Segmen "Kucing Saya Hebat!"

Daripada sembilam ekor kucing dirumah ini, aku pilih untuk letakkan gambar kucing yang berwarna kelabu yang diberi nama "DABUK".

Gambar ni, aku ambil masa dia tengah main dengan adik-beradik yang lain. Kenapa kucing Dabuk ni hebat?

Segmen "Kucing Saya Hebat!"

Kucing saya hebat kerana dia adalah kucing jalanan yang diambil dan disusukan oleh ibu tumpang bersama adik-beradik angkatnya yang lain. Walaupun mata kirinya buta sejak lahir, tetapi dia tetap lincah bermain bersama kawan-kawannya. Dan dia juga antara kucing yang baik, tak membuang merata walaupun adakala dia dibenarkan tidur di bilik...




5 Komentar untuk "Segmen "Kucing Saya Hebat!""

haha....ehh nie bukan entri sinetron ye...

hello..
datang dari segmen sama...
http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/03/segmen-kucing-saya-hebat.html

comel je dabuk.. :)

Macam kesepian je dabuk ni...

memang pun....adik2 angkat dia tu bukan layan sgt dia nie...dia main sorang2 jaa...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info