Baju Melayu Hipster, Tradisional Atau Keterlaluan?

Baju Melayu Hipster, Tradisional Atau Keterlaluan?Sejak semalam lagi, baju melayu hipster menjadi viral di laman sosial facebook dan twitter. Tertanya-tanya juga aku apa yang kecoh sangat pasal baju melayu hasil rekaan, pereka fesyen terkenal Zery Zamry ni.

Hasil carian di laman Google, terjumpa satu artikel di blog Tupai dot com.

Ohh! baju melayu hipster ini merupakan antara rekaan terbaru pereka fesyen tersebut sempena raya tahun ini. Yang menjadikan baju ini viral disebabkan gambar photoshoot baju melayu yang dipakai oleh model tersebut kelihatan terlalu ketat dan melekat pada tubuh, berbanding baju melayu tradisional yang agak longgar.


Koleksi Baju Melayu Hipster

Baju Melayu Hipster, Tradisional Atau Keterlaluan?

Selepas dikecam pelbagai pihak, Zery Zamry mengeluarkan kenyataan berikut;

"Baju kurung pun baju tradisonal tetapi adanya baju kurung moden. Kenapa nak kecoh baju melayu yang sememangnya menutup aurat - Zery Zamry."

Rasanya kalau model gambar ini mengenakan baju melayu hipster yang bersaiz longgar, mesti tak jadi isu kan?

Dari segi pemilihan dan padanan warna baju bersama samping, nampak agak menarik dan cantik. Tetapi pandang pertama, tak nampak seperti baju melayu yang dipakai kaum adam sewaktu menuju ke masjid. Ianya kelihatan seakan baju kemeja tangan tiga suku berserta seluar legging.

Mungkin kalau saiz besar sikit, mesti nampak seperti baju melayu biasa kan? Ini kan sekadar gambar photoshoot.

Selera masing-masing, sesiapa yang berminat untuk dapatkan baju melayu hispter ini, boleh kunjungi laman web Zalora dengan harga RM48+.

0 Komentar untuk "Baju Melayu Hipster, Tradisional Atau Keterlaluan?"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info