Pentingnya Entri Auto Publish Bagi Sesebuah Blog

Pentingnya entri auto publish bagi sesebuah blog. Update blog setiap hari itu perlu. Tetapi adakalanya kita akan berhadapan dengan masalah kekeringan idea. Ada juga hari idea kita membuak-buak untuk keluar. Kesannya seseorang blogger akan menerbitkan 3-4 entri pada hari yang sama, tiba keesokannya blog tidak ber-update dengan alasan sibuk, tak sempat update.

Baca juga - 6 manfaat update entri secara konsisten

Jadi inilah masanya entri auto publish berguna kepada blogger. Ianya adalah satu usaha untuk memastikan pengeluaran entri secara konsisten dalam blog. Tak semestinya update entri haruslah 2-3 entri dalam sehari. Jika dapat update sehari satu entri pun sudahcukup baik, asalkan setiap hari ada entri terbaru.

Cara Membuat Entri Auto Publish

Yang dikatakan entri auto publish ini kerana anda boleh menetapkan tarikh dan masa untuk siarkan entri yang disimpan sebagai scheduled post. Tak tahu caranya untuk auto publish entri.

Pentingnya Entri Auto Publish Bagi Sesebuah Blog

Ikuti langkah-langkah yang aku kongsikan dibawah ini :
  1. Buat satu entri dari blog anda
  2. Pilih tarikh dan masa di ruangan schedule (sebelah kanan)
  3. Klik done dan kemudian tekan publish.
  4. Siap untuk disiarkan
Apabila anda set-kan entri seperti langkah di atas. Ianya akan memaparkan status "scheduled". Maksudnya entri itu akan disiarkan mengikut tempoh yang dijadualkan itu tadi.

Pentingnya Entri Auto Publish Bagi Sesebuah Blog

Blogger juga adalah seorang manusia biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri atau mungkin untuk kerja yang lain. Tak semestinya, setiap blogger harus menghadap blog selama 24 tanpa membuat perkara lain. Sedangkan blogger full time sendiri pun, terpaksa membahagikan masa antara blog dan pekerjaan lain. Jadinya, setiap perkara yang diwujudkan dalam blog mempunyai kepentingan tersendiri sama juga entri auto publish.

Terima kasih kerana membaca - pentingnya entri auto publish bagi sesebuah blog

0 Komentar untuk "Pentingnya Entri Auto Publish Bagi Sesebuah Blog"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info