Kronologi peristiwa detik tragik di Malaysia. Masihkah kita ingat tentang kejadian yang pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu. Bagi yang seusia dengan aku, barangkali mungkin sudah lupa. Kebetulan sekarang ini, satu program anjuran TV3 diwujudkan bagi mengimbau kembali detik tragik yang pernah berlaku di Malaysia sejak awal tahun 1990 lagi.
Dan antaranya yang masih menjadi ingatan rakyat Malaysia hari ini, adalah kejadian tanah runtuh Highland Tower pada tahun 1993. Telah mengorbankan seramai 48 nyawa serta dan menjadi tragedi terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Rentetan daripada kejadian tersebut, banyak yang bercerita tentang kisah-kisah mistik, kononya bangunan Highland Tower berhantu akibat daripada roh mereka yang tidak tenteram. Sejauhmana kebenaran itu, aku sendiri pun tak pasti.
10 Kronologi Peristiwa Detik Tragik Di Malaysia
Dan antaranya yang masih menjadi ingatan rakyat Malaysia hari ini, adalah kejadian tanah runtuh Highland Tower pada tahun 1993. Telah mengorbankan seramai 48 nyawa serta dan menjadi tragedi terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Rentetan daripada kejadian tersebut, banyak yang bercerita tentang kisah-kisah mistik, kononya bangunan Highland Tower berhantu akibat daripada roh mereka yang tidak tenteram. Sejauhmana kebenaran itu, aku sendiri pun tak pasti.
10 Kronologi Peristiwa Detik Tragik Di Malaysia
- Letupan kilang mercun, Britght Sparklers di Sungai Buloh tahun 1991. Peristiwa ini telah mengakibatkan 26 terkorban manakala 83 orang lagi cedera parah. Kekuatan letupan 200 tan belerang dan kesan kemusnahan menyebabkan tragedi ini digelar sebagai Hiroshima Sungai Buloh".
- Tsunami di Pulang Pinang dan Kedah tahun 2004. Melanda lima buah negeri di Malaysia akibat daripada gempa bumi di Sumatera, Indonesia. Mengorbankan 32 nyawa serta kemusnahan ribuan rumah.
- Ribut Gred di Keningau Sabah, tahun 1996. Ini adalah bencana alam yang paling dasyat direkodkan ketika itu. Mengakibatkan hampir 200 nyawa terkorban manakala 102 mangsa masih gagal dijumpai sehingga hari ini.
- Terminal feri runtuh di Butterworth tahun 1998. Berpunca daripada tidak dapat menampung 10,000 penumpang yang sedang menyambut dua perayaan serentak ketika itu. Seramai 32 orang mati dan 1,674 orang cedera akibat runtuhan itu.
- Pesawat terhempas di Tanjung Kupang, Johor tahun 1977. MH635 adalah pesawat pertama Malaysia Airlines yang terhempas dan membawa maut kesemua anak kapal iaitu 93 penumpang dan 7 krew turut terbunuh. Dikatakan berpunca daripada "rampasan" semasa ia mencapai altitud jajap.
- Tsunami terowong karak tahun 1995. Telah mengorbankan 21 orang pengguna jalan raya serta 23 yang lain mengalama cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di susur jalan Genting Sempah.
- Tanah runtuh Bukit Antarabangsa tahun 2008. Kejadian ini seakan sama dengan tragedi Highland Tower dan 1.5 kilometer dari tempat kejadian itu. Ekoran peristiwa itu membunuh empat mangsa dan 15 yang lain cedera. Di samping 14 rumah turut ranap di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama.
- Banjir lumpur di Pos Dipang tahun 1995. Mengorbankan 39 mangsa dan lima hilang. Semua mangsa, kecuali enam orang dari keluarga Cina yang tinggal di Bah Hon Hin kira-kira enam kilometer dari Perkampungan Orang Asli Pos Dipang ialah penduduk Orang Asli.
- Misteri kehilangan MH370 tahun 2014. Pesawat Malaysia Airline MH370 melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu tempatan. Namun, kehilangannya terus menjadi misteri sehingga hari. Dengan membawa seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal. Usaha mencari masih dijalankan.
- Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine tahun 2014. Pesawat yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia. Berpunca daripada ditembak jatuh tentera Ukraine.
Iktibar Daripada Peristiwa Lepas
Mungkin peristiwa ini sudah jauh dilupakan. Tetapi buat mereka yang terlibat atau ada suadara mara yang terkorban dalam kejadian ini, mungkin menjadi sejarah hitam buat mereka.
Jika kita lihat secara baik, kebanyakkan kejadian tanah runtuh ini adalah berpunca daripada tangan manusia itu sendiri. Bukankah kita diajar bahawa akar tumbuhan itu mencengkam tanah. Apabila pokok-pokok ditebang untuk aktiviti pembangunan, maka tiada lagi cengkaman dan terjadilah tanah runtuh akibat gelongsoran tanah yang tidak stabil. Hurm....
Terima kasih kerana membaca - kronologi peristiwa detik tragis di Malaysia
0 Komentar untuk "Kronologi Peristiwa Detik Tragik Di Malaysia"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.