Harga Petrol Naik 10sen Seliter Menjelang 1 Jun 2015

Harga petrol baik 10sen menjelang 1 Jun 2015. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak KPDNKK telah pun mengumumkan harga runcit bagi petrol Ron95, Ron97 dan diesel menjelangkan 12 tengah malam 1 jun 2015. Yakni kenaikan sebanyak 10sen bagi ketiga-tiga bahan bakar. Berikut adalah harga sebelum kenaikan bagi bahan bakar tersebut.
  • RON95 - RM1.95 seliter
  • RON97 - RM2.25 seliter
  • Diesel - RM1.95 seliter
Dan selepas kenaikan sebanyak 10sen seliter yang diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK menerusi laman facebook. Dan ini adalah harga terkini bagi bahan bakar tersebut;

Harga Petrol Naik 10sen Menjelang 1 Jun 2015

Terdahulu, selama tiga bulan berturut-turut harga bahan bakar RON95, RON97 dan Diesel kekal pada harga yang sama iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2015.

Putrajaya tahun lepas memansuhkan subsidi petrol dan diesel serta memutuskan untuk melaksanakan apungan terurus dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia. Kerajaan akan memutuskan harga petrol dan diesel menerusi apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang, serupa sistem yang digunakan untuk menentukan harga RON97 sejak Julai 2010.

Menerusi sistem itu, kerajaan akan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga untuk bulan berikutannya. - KPDNKK 31 Mei 2015.

0 Komentar untuk "Harga Petrol Naik 10sen Seliter Menjelang 1 Jun 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info