Peraduan Dubsmash Menang i-Phone 6

Berita baik. Buat semua peminat dubsmash dan penonton setia drama adaptasi novel di Astro Ria dan Maya HD iaitu drama isteri separuh masa. Satu peraduan sedang berlangsung berkaitan dengan drama yang disebut dan dubsmash. Di mana, anda perlu dubsmash kan dialog drama tersebut dan kongsikan di instagram serta tag kan Astrogempak.

Wah! menarik kan? Aku pasti peraduan ini pasti mendapat sambutan yang tinggi. Sebabnya, hampir 80 peratus pengguna laman sosial facebook sekarang, tak habis-habis berkongsikan dubsmash mereka. Kalau dulu, zaman vlog Bobo. Ramai yang bising dan kritikan tindakan Bobo.. tapi sekarang yang pelik itulah mereka suka kan. Haha...

Sikit yang aku musykil... kenapa bila lelaki nak buat lawak. Mesti guna watak perempuan pakai tudung? Krikk.. krikk...

Peraduan Dubsmash Menang i-Phone 6

Peraduan Dubsmash Menang i-Phone 6

Apa itu dubsmash? Hah.. bagi anda yang belum tahu, dubsmash adalah sebuah aplikasi yang membolehkan anda merakam diri anda dengan menggunakan suara orang lain. Maknanya, dalam aplikasi dubsmash ini ada beribu-ribu fail audio dan anda hanya perlu memilih dan melakonkan semula mengikut audio terbabit.

Faham tak ni? Kalau tak faham juga.. buka saja facebook atau instagram dan search kata kunci dubsmash. Hah! pasti akan jumpa.

Dubsmash Isteri Separuh Masa Menang i-Phone 6

Hadiah yang ditawarkan untuk peraduan dubsmash hashtag isteri separuh masa adalah sebuah iphone 6. Syarat penyertaannya sangat mudah seperti mana yang ditunjukkan di atas. Jadi apa tunggu lagi? Rebutlah peluang ini, mana tahu kalau rezeki raya tahun ini boleh beraya bersama iPhone 6. Tak pun hadiahkan saja ayah di kampung sebagai tanda terima kasih membesarkan kita.

Untuk maklumat lanjut. Rujuk di sini - Astro Gempak 

Peraduan ini bermula pada 18 Mei 2015 dan tamat pada 3 Jun 2015. Masih banyak lagi masa untuk anda buat dubsmash dan dapatkan seberapa likes yang boleh!!


3 Komentar untuk "Peraduan Dubsmash Menang i-Phone 6"

molek la ni buat kaki2 dubmash kat luar sana . huhuu

Wah hadiah menarik ni. Nasib baik pemalu. Kalau tak dah buat dubsmash byk2 dah.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info