Pulut Mangga Harum Manis

Hoho... sekian lama aku mencari pulut mangga harum manis. Akhirnya dapat juga melepaskan keinginan aku selama ini. Bukan apa, kalau nak beli buah harum manis untuk buat pulut dan hanya aku saja yang makan. Rasanya tak berbaloi kan. Dah tu, dalam poket busuk-busuk kena juga ada RM20 untuk beli mangga harum manis. Itu pun gred C. Kalau gred A yang kena la simpan RM30 dalam poket. Uhm...

Jadi, dari buat homemade pulut harum manis, baik aku beli kan saja dengan harga RM5.00. Rasanya lebih berbaloi kan. Hurm.. mungkin ada yang rasa pelik. Makan buah mangga dengan pulut, selalunya orang makan buah durian dengan pulut. Okep. Sebenarnya buah harum ini berbeza dengan buah mangga yang lain. Aroma bau nya yang kuat serta kemanisan rasanya, sesuai di makan dengan pulut. Sekali makan pasti nak lagi punya la.

Pulut Mangga Harum Manis


Pulut Mangga Harum Manis

Nampak. Satu bekas ini dijual dengan harga RM5.00 ada pulut, mangga dan juga santan masak. Hah! murah la kan. Tapi kalau dalam satu keluarga dan 10 orang, rasanya lebih baik buat sendiri. Lebih jimat kan.

Okep. Kat atas ni orang Perlis panggil "pulut sibaq". Sebabnya bila waktu makan, kita akan siramkan santan di atas pulut, kemudian gaul dan makan bersama mangga harum manis. Ada juga yang lebih gemar makan pulut kukus tanpa santan. Ikut citarasa sendiri.

Pulut Mangga Harum Manis

Ini mangga harum manis yang dipetik dari pokok. Bagaimana harga harum dijual, baca entri ini - Musim harum manis Perlis.

Dan aku nak ingatkan berhati-hati ketika membeli buah berharga ini. Bukan apa, kalau anda ditipu oleh perniaga yang tidak bertanggungjawap seperti ini - Terbeli buah harum manis palsu.

Apa pun. Terima kasih kerana membaca entri ini.


4 Komentar untuk "Pulut Mangga Harum Manis"

Aduhai.. mana nak dapat ni kat KL ya? terliur plak.. huhu

dengar kawan cakap...dekat area kampung baru ada jual. Tak tahu pula jual kat pasar malam ke mcm ne. Cuba cari tengok. Hehe nak pos jauh sangat..

aduhai sedapnyer... lum rasa harumanis lg musim ni...

perghhh.... sekejap je keluar macam macam resepi guna mangga harum manis ni.marketing strategy yang bagus. pandai orang perlis meniaga. kipidap

http://kucenmaster.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info