Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Raya 2015

As-salam. Perkhabaran yang dinantikan oleh penjawat awam. Nampaknya sudah terpancar wajah-wajah gembira, memandangkan bantuan khas diberikan untuk meringankan sedikit bebanan bagi persiapan menjelangkan aidilfitri nanti. Bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari gred 54 ke bawah akan dibayar pada 25 Jun 2015 nanti, begitu juga bantuan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Anda boleh rujuk - Jadual gaji penjawat awam bagi tahun 2015

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Raya 2015

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Raya 2015

Berikut adalah laporan penuh berkenaan pemberian bantuan khas sebanyak RM500 sempena persiapan raya aidilfitri buat penjawat awam bagi tahun 2015 ini.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah. Beliau turut mengumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250.

Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.

"Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) ke-14 di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah.

Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang mendiami kuarters pula, yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan sebenar, yang layak bagi mereka.

Najib berkata, keputusan yang berkuat kuasa mulai 1 Nov itu melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara, manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 bilion setahun. - Bernama.

Sumber : Berita Harian, Sinar

0 Komentar untuk "Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Raya 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info